Monday 27 March 2017

IBRAH WAHYU : BERINTERAKSI DENGAN AL QURAN




IBRAH WAHYU : BERINTERAKSI DENGAN AL QURAN

24/3/2017

DEWAN SYARAHAN PUSAT ISLAM SULTAN MAHMUD, UMT

Oleh Tuan Fazrul Bin Ismail
Jurulatih Utama Akademi Sinergi Ikhlas

IBRAH WAHYU : BERINTERAKSI DENGAN AL QURAN
Pernahkah anda duduk di restoran lebih 1 jam? Atau di meja makan? Syok?  Kalau anda rasa syok dengan makanan, jom kita syok dengan hidangan makanan dari Ar Rahman. Macam-macam yang ada dengan adanya sebanyak 114 hidangan. Hidangan gajah. Hidangan lembu betina. Dan lain-lain. Kalau kita tak baca alquran dengan betul-betul, maka kita tidak menikmati kelazatan makanan yg dihidangkan oleh Ar Rahman.
"Hendaknya kamu disibukkan dengan memperbaiki dirimu, janganlah kamu sibuk membicarakan org lain. Barangsiapa yg sentiasa membicarakan org lain maka sesungguhnya dia telah terpedaya." (Fudhail)
Fudhail berkata bahawa Surah Al-Qalam, ayat 2:


مَا أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ
Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana)
1. Paling ikhlas Paling
2. sesuai dengan sunnah

"Kamu berbuat baik pada apa yg masih tersisa, nescaya apa yg telah lewat akan diampuni." (Fudhail)

Fudhail mendengar sambil menangis...

Surah Al-Hadid, ayat 16:
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada
mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.




Ketika Fudhail bersembunyi...
"Tunggulah hingga pagi, kerana Fudhail berasa di sekitar sini dan dia akan merompak kita. Namun Fudhail muncul dan berkata "aku insaf. Taknak rompak kerana aku suka akan ayat al Quran yg aku dengar tadi"
Jika org yg tak biasa dengan hidangan al Quran, akan keluar kata-kata seperti ini "Surah Al Baqarah. Hmmm panjang sangat." Dengan adanya wifi, kita dah boleh cari macam-macam maklumat. Siap boleh sampai ke US. Padahal melalui google map. Dlm alquran juga ada wifi, siap Allah bawa kita cerita2 sampai syurga.
 Surah At-Tahrim, ayat 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Menuju kejayaan kalau tersilap. Surah Sad, ayat 29:
كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُوالْأَلْبَابِ
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
Surah Al-Qamar, ayat 17:
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
Barakah bermaksud kita buat sedikit tapi manfaatnya banyak. Baca alquran in shaa Allah dpt pahala. Boleh masuk syurga. Tapi kalau kita baca sambil memahami isi kandungan al Quran, in shaa Allah pahala makin banyak.
Tadabbur : Apa mesej Allah dlm ayat alquran utk kita?
Tazakkur : Apa pengajaran utk kita ambil tindakan selepas baca al quran?
Jadullah al-Qurani dan pakciknya,Ibrahim tinggal di Perancis. Ibrahim selalunya menunjukkan al Quran kepada Jadulullah jika Jadullah ada sebarang masalah. Pada hari kematian Ibrahim yg ketika itu pada umur sekitar 50 tahun, Ibrahim mewasiatkan agar kitab alquran diberikan kepada Jadullah. Jadullah pernah mengislamkan lebih 60M org di Afrika suku Zolo. Ayat penting bagi Jadullah
Surah An-Nahl, ayat 125:
ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.





Selain buat 1 day 1 juz, lagi bagus kalau buat 1 day 1 tadabbur sekali. Take step by step ketika lakukan tadabbur. Ambil ayat yg kita senang nak memahami. Aplikasikan apa yg kita senang lakukan dahulu. Lakukan ia secara berperingkat. Andai kata kita tadabbur melalui tafsir quran, kita tidak memahami maksud ayat Alquran itu, pergilah jumpa bertanya dengan ustaz atau ustazah utk dptkan detail secara terperinci. Semua ada pasangan, kecuali... Surah Yaasin, ayat 83: 




فَسُبْحَانَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan Kalau kita tak baca al Quran, siapa lagi yg akan menemani kita nanti di dlm kubur.












WaaAllahua'lam.






0 ulasan: