SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

SELAMAT DATANG KE BLOG PERINTIS IDEALISME ISLAMIYYAH SAHABAT YADIM

MENCETUSKAN PONTENSI MINDA, MELETUSKAN IDEALISME ISLAMIYYAH.

Thursday 12 January 2017

GERBANG PRA-SISWA 2017


GERBANG PRA-SISWA 2017
“SELANGKAH BERSAMA MENGGAPAI CITA"

ANJURAN
BAHAGIAN KEPIMPINAN BELIA YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA

Sistem pendidikan yang semakin berkembang sedikit sebanyak telah memberikan kesan yang positif kepada pembangunan modal insan generasi muda hari ini. Bermula daripada pendidikan di peringkat Pra-Sekolah sehinggalah kepada ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi, pihak kerajaan sentiasa komited dalam menambahbaik sistem ini bagi melahirkan generasi yang seimbang dari aspek intelektualisme, spiritualisme, idealisme dan aktivisme.

Bertepatan dengan hasrat ini, pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah tampil membawa suatu program yang bakal mencorakkan kebitaraan mahasiswa bermula diperingkat awal lagi. Penganjuran program Gerbang-Pra Siswa (GPS) merupakan antara usaha di peringkat YADIM bagi menyediakan platform kepada pelajar lepasan sekolah untuk mempersiapkan diri mereka sebelum melangkah gerbang siswa.

Program ini merupakan program tahunan di bawah Bahagian Kepimpinan Belia, YADIM (KEMUDA) dengan kerjasama Majlis Pimpinan Negeri Sahabat YADIM. Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam ini bakal melibatkan para peserta dari kalangan pelajar lepasan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di seluruh negara.

Objektif program GPS adalah melahirkan generasi yang cakna akan masa depan dan hala tuju pendidikan mereka yang semakin memcabar dalam arus globalisasi. Di samping, menyediakan ruang dan peluang kepada para peserta untuk mengetahui bidang-bidang pengajian yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi yang sesuai dengan kelayakan pendidikan mereka dan bidang pengajian yang mereka minati. Seterusnya, memperkemaskan organisasi Sahabat YADIM Zon melalui sesi Mesyuarat Agung Tahunan yang dikendalikan oleh Majlis Pimpinan Negeri Sahabat YADIM. Selain itu, merancang program-program susulan yang akan dilaksanakan oleh pimpinan Sahabat YADIM Zon dalam tempoh setahun. 


TEMPAT DAN TARIKH GPS MENGIKUT NEGERI
*SARAWAK*
14 - 16 Januari 2017
Kem Bina Negara Sampadi,
Lundu, Sarawak
*SABAH*
16 - 18 Januari 2017
Kem Bina Negara
Kundasang, Sabah
*TERENGGANU*
17 - 19 Januari 2017
Kem Biro Tatanegara, Besut
*KEDAH*
28 - 30 Januari 2017
Kem Paya Pahlawan,
Jitra, Kedah
*KELANTAN*
21 - 23 Januari 2017
Sweet Beach Resort,
Tok Bali, Pasir Puteh
*PAHANG*
21-23 Januari 2017
Kempville,
Kuantan Pahang
*NEGERI SEMBILAN*
28 - 30 Januari 2017
Rantau Agro Park,
Rantau
 *JOHOR* 
28 - 30 Januari 2017
Kem Kaizen Gunung Pulai,
Pontian, Johor
*MELAKA*
3 - 5 Februari 2017
Kem Permata Resort,
Ayer Paabas, Alor Gajah, Melaka.
*WPSEL*
4 - 6 Februari 2017
Kem Bumi Jati,
Seksyen 30 Shah Alam
*PULAU PINANG*
4 - 6 Februari 2017
Pusat Latihan Zakat Pulau Pinang,
Sg Acheh, Balik Pulau
*PERLIS*
4 - 6 Februari 2017*
Tasoh Lake Resort & Retreat,
Kaki Bukit, Kangar
*PERAK*
4 - 6 Februari 2017
Kompleks Rakan Muda Kampar

Yuran Penyertaan : RM20 sahaja
🍛Makanan & Minuman
🏠Penginapan
🚌Bas
📃Sijil Penyertaan.. disediakan
untuk pertanyaan/pendaftaran
sila whatsapp
013-2505224 (Zamani)
017-3446422 (Hafiz)
012-9260683 (Taufik)
0111-2994025 (Hayaati)

Terhad untuk 150 orang sahaja di setiap negeri!!


Tuesday 3 January 2017

Perutusan Kalam Timbalan Presiden MPKSY Sempena Tahun Baru 2017



[Perutusan Kalam Timbalan Presiden MPKSY Sempena Tahun Baru 2017]

Oleh : Saudara  Muhammad Danial Bin Muhammad Anuar,
[Timbalan Presiden Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat Yadim] (MPKSY)
3 Januari 2017

"Tajdid Niat, Perteguh Amal, Perkukuh Peribadi, Ukhuwah Islami"

Alhamdulillah Rabbal'Alamin Wassolatu Wassalammu Ala Asyrafil Anbiyai Wal Mursalin Wa Ala Alihi Wasohbihi Ajmain.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang mengurniakan nikmat usia dan nikmat nafas untuk kita terus beribadah dan menuju keredhaan alam 2017.

Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW, qudwah hasanah buat seluruh Umat.

Mewakili Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat Yadim(MPKSY) sesi 2016/2017, saya mengucapkan "Kullu Am Wa Antum Bil khair " atau Selamat Tahun Baru 2017 buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya teman-teman seperjuangan keluarga besar Sahabat Yadim yang melibatkan Majlis Pimpinan Universiti dan Majlis Pimpinan Negeri seterusnya Ahli yang aktif beraktivisme dalam Sahabat Yadim.

"Ayuh tajdid niat, perteguh amal,perkukuh peribadi,ukhuwah islami"

Tahun 2016, kita telah lalui dengan azam dan cita-cita yang menginspirasikan. Kini Sanatul Jadid atau tahun baru 2017 ini sedang mengalukan kehadiran kita bersama.

Kehidupan kini kian mencabar dengan kita berhadapan dengan kenaikan sara hidup, dengan suasana politik yang semakin celaru dan mengelirukan, krisis ekonomi yang semakin menekan, dan peluang pekerjaan yang semakin sukar dan terhad

Wahai teman seperjuanganku,

 Masalah sosial hari ini seringkali melanda di kalangan golongan muda seiring pembangunan semasa yang kian mencabar lagi penuh dinamis membuatkan anak muda terlibat dalam kancah yang negatif,

Kegiatan kancah negatif yang melibatkan remaja bawah umur yang berumur antara 12 hingga 17 tahun meningkat kira-kira 47 peratus di seluruh negara dan ada daripada mereka terlibat dengan kes bunuh dan juga rogol. (Kosmo: 2 Oktober 2014).

Menurut Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, SAC Hassanuddin Hassan, statistik gejala sosial dalam kalangan remaja di Selangor pada tahun 2014 menyaksikan 795 kes dicatatkan membabitkan jenayah kekerasan dan harta benda seperti bunuh, rompak, samun dan rogol. Manakala, pada tahun 2015, sebanyak 1,811 kes direkodkan dengan tangkapan 2,361 orang. Walaupun berlaku penurunan, isu ini perlu diambil peduli oleh masyarakat. (Kosmo: 19 Jun 2016)

Tanggungjawab siapa yang perlu turun dan berdamping bersama adik-adik remaja ini?

Siapa nak didik dan bantu menjaga adik-adik yang tersimpang jauh ini?

Siapa?siapa?dan siapa?

Wahai teman seperjuanganku,

Bukan sahaja isu moral yang dibicarakan.

Isu agama juga hari ini sering dimainkan di media massa.

Kerana apa isu ini terbangkit?

Kerana apa isu ini hangat diperkatakan?

 Kerana kurangnya penglibatan anak muda yang cintakan majlis ilmu,

Kerana kurangnya penglibatan anak muda bertebaran di lapangan,

Kerana kurangnya anak muda cintakan biah dakwah yang sepatutnya mekar syumul di daulah ini tetapi tidak,

Wahai teman-teman yang cintakan perubahan,

Sesungguhnya,menangani perubahan adalah sesuatu yang agak kompleks. Dalam tradisi pengurusan Barat, ia diistilahkan sebagai managing change manakala dalam tradisi Islam ia diungkap sebagai Fiqh taghyir.

Tentunya pengalaman ini telah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW selaku model unggul kita.

Juga oleh tokoh-tokoh yang lain pernah memperjuangkan perubahan seperti Jamaludin al Afghani dan Malek Bennabi dalam tradisi Islam, Martin Luther King dan Abraham Lincoln dalam tradisi Barat, Mandela dan Omar Mokhtar dalam pengalaman di Afrika, Mahatma Gandhi, Sun Yat Sen, Jose Rizal dan Burhanuddin al Helmi di Asia. Kesemua ini sewajarnya ditekuni oleh para pejuang yang cintakan perubahan.

Perubahan yang dicita-citakan bukan sekadar hanya difikirkan,tetapi harus hadir dari ketukan dan kesedaran dhamir.

 Perubahan (Islah) mesti dimakna dan disuburkan dalam manifestasi kehidupan seharian. Perubahan (Islah) yang dihasratkan menghala ke arah kebaikan yang memberikan erti bermakna buat diri dan ummat.

Teman-teman yang berjiwa ummatik,

Hati terasa amat sedih melihat penderitaan Umat Islam terutama di Rohigya dan Syria. Kita harus cakna dengan perkembangan yang berlaku di sana dengan mendapatkan sumber dan informasi yang sahih. Isu kemanusiaan ini merentas faham agama, politik dan ideologi. Justeru, kita mesti perjuangkan secara kolektif dan memberikan sumbangan yang terbaik mengikut keupayaan masing-masing.

Apapun isu-isu yang melingkari, janganlah sesekali kita lupakan mereka kerana diuji dengan penderitaan yang dahsyat saban hari. Mari sama-sama kita terus menerus bermunajat dan berdoa demi keselamatan Umat Islam khususnya di Rohigya dan Syria. Tidak dilupakan saudara-saudara seagama di Palestin, Selatan Thailand dan lain-lain.

Teman-teman yang tsabit dalam perjuangan,

 Tidak lupa untuk doing akan bahawa Gerbang Pra Siswa(GPS)2017 bakal memulakan gelombang di setiap negeri bermula bulan Januari ini. Persiapan sedang dilakukan dengan bersungguh-sungguh, dititipkan doa semoga dipermudahkan segalanya. Sebanyak 14 buah negeri akan menjayakan gelombang GPS kali ini. Ayuh sama-sama kita jayakan agenda penting ini sebagai platform mendedahkan bakal mahasiswa akan suasana dan cabaran di alam kampus. Juga sebagai mempersiapkan kader-kader dakwah dan mahasiswa bitara yang akan berjasa kepada Ummat.

Wahai teman yang ku kasihi,

 Ayuh kita suburkan nyalarasa perjuangan dan sematkan optimisme mengharungi mehnah perjuangan dan tribulasi mendatang. Teruskan perjuangan dan sahutlah bersama seruan Ilahi.

Sebagaimana Allah berfirman dalam (Surah al Taubah ayat 41):

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. "

Jadi teman yang ku kasihi,

 Teruskan berjuang menyubur mekar flora dakwah yang telah  disemaikan oleh para pejuang terdahulu,

Jangan biarkan bumi tumpahnya darah pejuang anbiya terdahulu HARI INI dicemari TERUS dengan agenda kristianisasi,liberalisasi dan sekularisasi yang semakin kuat menyerang senyap ummat hari ini.

Teruskanlah bersama meYADIMisasi teman seperjuangan kita yang lain dengan nilai ukhuwah dan kasih sayang.

Mudah-mudahan,Allah redha dan berkati kita semua dalam meniti jalan ke alam syurga.

"Bertebarlah Kita Demi Khoirun Ummah"


Yang ingin diTARBIYAH,

Muhammad Danial Bin Muhammad Anuar,
[Timbalan Presiden Majlis Pimpinan Kebangsaan Sahabat Yadim] (MPKSY)

Monday 2 January 2017

SIRI NOTA HATI, STUDY SMART


SIRI NOTA HATI
TAJUK : STUDY SMART
OLEH : MUHAMMAD AQIL HAZIQ BIN AZMAN
PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG 2, MPKSY 16/17
3 JANUARI 2017

6 Tips Untuk ‘Study Smart’ dan Jimat Masa

Kenapa sesetengah pelajar belajar bersungguh-sungguh, tetapi tidak ada yang terbaik dalam kategori umur mereka atau hanya mendapatkan gred purata? Dan kenapa ada pelajar lain yang tidak bersungguh-sungguh walaupun melabur separuh jumlah masa dan usaha untuk pengajian mereka, tetapi mendapat keputusan yang baik atau cemerlang? Berikut adalah bagaimana anda boleh ‘study smart’ daripada membuang banyak masa masa berharga anda.

1.    Jangan mengasak

Memandangkan bahawa anda belajar malam sebelum ujian, kemungkinan besar anda tidak akan ingat setiap detail yang anda telah belajar. Tak mengapa. Sebaliknya, habiskan masa anda dengan memberi tumpuan kepada konsep utama, 5-10 perkara yang anda telah bercakap tentang perkara yang paling utama dan anda perlu tahu perkara yang paling utama untuk ujian. Anda akan belajar lebih lanjut mengenai hubungan antara topik, serta dapat menjawab lebih banyak soalan secara bijak. Lebih kerap, sekurang-kurangnya dalam kelas anda mengambil konsep yang lebih penting daripada butiran kecil, tetapi ia adalah mudah untuk menjadi buntu dalam mengingati setiap perkara. Pertama, beri tumpuan kepada perkara yang besar, dan bergerak hanya jika ada masa.

2.Belajar pelbagai mata pelajaran setiap hari, dan bukannya memberi tumpuan 
   kepada hanya satu atau dua mata pelajaran

 Buat satu jadual yg mempunyai 4 slot. 1 slot di isi dengan 1 subjek yg berbeza. Ini 
 bermakna dlm masa sehari, anda sudah dpt mengulangkaji 4 subjek.                        

3.Bersedia untuk pengajian

Sebagai pelajar, anda kena menghabiskan masa menyelidik mata pelajaran, membaca dan berfikir secara kritis mengenai perkara yang anda akan belajar.

4.Menarik keluar maklumat dalam bentuk visual

Tukarkan sesuatu perkataan yg mudah bagi anda utk ke dlm bentuk gambar.  

5.Menggunakan kata-kata anda sendiri untuk memahami topik

Menulis menggunakan perkataan anda sendiri membantu anda memahami topik itu, dan menjadikan masa yang dibelanjakan untuk tugasan lebih berharga.

6. Meringkaskan, dan memampatkan maklumat

Cuba anda praktikkan penggunaan akronim dan singkatan terutamanya ketika anda 
membuat ulang kaji yg berkaitan fakta-fakta atau perkara-perkara penting.

Sekian.






CATATAN INSPIRASI , Ukhuwah Dan Kepimpinan

   


SIRI CATATAN INSPIRASI

Tajuk : Ukhuwah Dan Kepimpinan

Oleh : Lajnah Penyelidikan & Pembangunan, MPKSY 16/17

3 Januari 2017


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'laikum dan apa khabar iman di dada hari ini wahai sahabat sekalian yang dikasihi kerana Allah, semoga berada di bawah lindung-Nya

Alhamdulilah, jom kita sama-sama dan juga selamanya bersyukur kepada Allah apabila tatkala kita bangun pagi kita masih lagi dapat bernafas dibumi yang nyata ini kerana ada manusia bangun pagi tiba-tiba tangan dan kaki mereka tak boleh bergerak. Seolah-olah diikat. Mata mereka tak boleh melihat dunia. Hanya kegelapan dan kesunyian menemani mereka. Tujuh langkah ahli keluarga mereka pergi meninggalkan mereka. Maka datanglah dua malaikat berpakaian hitam dan berwajah gerun siap sedia menyoal mereka. Allahu. Ngeri kan?? 

Maka kita yg masih diberi peluang bernafas ini pasti tiada sia-sia dan kosong semata-mata. Tapi peluang yang Allah kurnia ini adalah kesempatan untuk kita : 

1. Perbaiki diri, atas banyaknya dosa dan kurangnya amal baik diri kita

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالاِنسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ  

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku" (Surah Adzariyat : 56)

2. "All out" dalam melakukan kebajikan buat ummat. Adakah sudah banyak orang yang telah mendapat hidayah disebabkan asbab usaha kita? Kalau belum apakah alasan yang kita akan beri kepada Allah di padang masyar kelak jika hari ini adalah peluang nafas kita yg terakhir?

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةُُ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada dari kamu satu umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung”. [Al Imran:104].

Hari ini saya nak share something tentang indahnya ukhuwah daripada sudut kepimpinan. Best tak tajuk? Hiha. Apa yang saya akan kongsikan adalah pertamanya untuk saya sendiri muhasabah dan juga untuk perkongsian buat semua. Moga bermanfaat.

UKHUWAH DAN KEPIMPINAN

Semasa zaman era dakwah Imam Hassan al Banna di mesir suatu ketika dahulu wujudnya kaedah tarbiyah dan dakwah dinamakan usrah. Usrah memang terkenal dengan sumber medan tarbiyah dari generasi ke generasi. Malah, diri kita sendiri pun mungkin pernah terjebak dengan usrah ini yang menjadi sumber recharger iman kita yg pasang surut. Tak terlepas juga ada yang mengunakan perkataan usrah ini untuk program-program tertentu tapi tak tahu sedikit pun apakah the power of usrah ini? Apakah apakah apakah? Huhu

Usrah daripada perkataan arab "usrahtun" yang membawa bermaksud "keluarga". Imam Hassan al-Banna wujudkan kaedah ini kerana penelitian beliau bahawa masalah ummat yg kucar kacir ketika itu adalah disebabkan fungsi keluarga sebagai ejen pembentukan individu muslim telah tiada.

Di zaman Rasulullah s.a.w, Rasulullah berjaya membentuk individu muslim yg dinamakan generasi Al-Quran yang unik. Generasi ini apabila turun wahyu mereka terus taat dan patuh. Tiada bantahan walaupun seinci. Kita zaman sekarang, arahan Allah dalam Quran dah lama suruh solat diawal waktu. Tapi masa azan masih terus leka menghabiskan baki-baki ayat menaip dalam whatsapp. Allahuu. Pfff

Individu Muslim yang Rasulullah s.a.w bina tadi berjaya membentuk keluarga-keluarga yang hasanah. Dan akhirnya keluarga yang hasanah tadi membentuk anak-anak yang soleh solehah.

Namun, zaman kita ini sama serupa dengan zaman Imam Hassan Banna tadi. Perlu wujudnya fungsi usrah dlm komuniti dan organisasi anak anak muda. Siapa anak muda tu? Kita lah kan? kan? 

Kita adalah satu keluarga dalam setiap kepimpinan beragendakan dakwah dalam mengejar mardhatillah !  Soalan saya berada ramai diantara kita tahu diantara ahli pimpinan kita ada masalah besar? Berapa ramaikah ambil tahu kawan-kawan kita tak ada duit nak makan? Berapa ramai yang ambil kisah kawan-kawan kita tak ada duit ticket nak balik kampung? Berapa ramai yg tahu kawan-kawan kita kehabisan topup utk beli data internet? (Haha yang ni over). Berapa ramai yang tahu ada diantara kita sedang sakit? Ramai yg tak tahu kan. Huhu. (Saya pun..kbaii)

Berapa ramaikah kawan-kawan pimpinan kita sudi share masalah dengan kita? Macam mana mereka sudi nak share kalau kita macam tak pernah sudi nak ambil kisah. Masing-masing lebih suka share masalah dengan housemates yang sama-sama share makan maggie sambil tengok movie dalam bilik (biasanya cerita korea, huhu) Allahu. Jadi mcm mana kata mereka adalah ibarat keluarga kita? Kalau perkara macam ni kita tak boleh nak backup. Allah.

Sebuah kepimpinan akan tetap bediri teguh apabila kuatnya kekuatan ukhuwah kerana Allah ini. 

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al Hujurat: 10)

Kita kalau ada orang minta tolong,  siapa yang lebih kita utamakan untuk menolong? Orang tak kenal ke atau sahabat dan keluarga (Tak payah jawab, saya jawabkan haha) mesti  kita utamakan ahli keluarga atau sahabat baik kita! Jadi dalam kepimpinan kita perlu saling tolong menolong maka kita akan gembira ibarat hamster lari keriangan di padang bunga apabila yang kita saling menolong itu adalah ibarat ahli keluarga dan sahabat karib kita until jannah. Huahuahua.

Dalam kepimpinan, berkomunikasilah dengan perkataan paling baik dan berhikmah. Jangan satu kata pun perkataan kita menyakitkan hati pimpinan lain. Kalau dia silap tegur lah dengan kasih sayang dan berhikmah. Pasti hati dia akan lembut! Biiznillah.

Sebagai contoh kalau ada sahabat kita share status yang salah dalam facebook atau wechat  (khas bagi budak wechat lah haha), atau twit twit ape tu? Twitter. Kita tak perlulah nak terus kecam dia dalam ruang komen. Apa salahnya bagi tahu baik-baik apa yang dia salah melalui personal messages ke. Sebab tu wujudnya pelbagai perbalahan dalam laman sosial sebab perkara ni lah. (Tau nak kecam org je huhu)

 Rasulullah s.a.w tak pernah berkata-kata buruk dan sakitkan hati sesiapa pun walaupun ketika bertutur dengan musuh Islam. Apabila orang bercakap kepada Rasulullah. Insan mulia ini akan mengadap wajah kepada orang yang bercakap tadi tanda menghormati. Kalau nak dibandingkan dengan kita, apabila kawan sedang bercakap asyik layan dengan perbualan group whatsapp je, tidak pandang pun wajah kawan yang bercakap dengan kita. Muhasabah lah. Disebabkan sikap mulia Rasulullah ini lah Baginda dicintai oleh sesiapa pun yang pernah berhadapan dengan Rasulullah s.a.w kecuali orang-orang yang hatinya dikunci dgn kejahilan. 

           Firman Allah Ta’ala:
اُدْعُ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ أَحْسَنُ
Ajaklah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. ( An-Nahl : 125)


Wallahua'lam.

Sunday 1 January 2017

MESEJ SALAM PERJUANGAN SEMPENA TAHUN BARU 2017, PENGURUS EKSEKUTIF, BAHAGIAN KEPIMPINAN MUDA (KEMUDA), YADIM


MESEJ SALAM PERJUANGAN SEMPENA TAHUN BARU 2017,
TUAN ZAMANI BIN MOHD KARULANI
PENGURUS EKSEKUTIF, 
BAHAGIAN KEPIMPINAN MUDA (KEMUDA)
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)
1 JANUARI 2017

Assalamualaikum Warahmatullah,

2017 bermakna Sahabat YADIM telah memasuki tahun ke- 4 penubuhannya. Kita telah berjaya dengan izin Allah mengadakan pelbagai program kepada pelbagai sasaran peserta generasi muda dan jumlah engagement sehingga hari ini mencecah kepada 60,000 peserta!!!

Namun, kuantiti tidak bererti apa-apa jika kita tidak membina ahli Sahabat YADIM menjadi daie muda yang berkualiti agar dapat menjadi ejen perubahan bermula dari diri sendiri dan akhirnya perubahan kepada sahabat lain dan umat diluar sana.

Dengan semangat itu, mari bersama-sama kami menjadikan Sahabat YADIM ini platform bagi kita menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada umat agar masa depan kita semua lebih baik dan diredhai-Nya.

Ayuh bangkitlah! umat sedang tenat diluar sana
Kalau bukan kita siapa lagi?
Kalau bukan sekarang bila lagi?

Salam Perjuangan,
TN ZAMANI BIN MOHD KARULANI
Pengurus Eksekutif
Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA)

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)